BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

lagu pilihanku

Sunday, November 8, 2009

tanda2 anda telah jatuh cinta..

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya. 

2. Anda akan sentiasa merindui dia. 

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan. 

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya. 

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas. 

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab. 

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang. 

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada. 

9. Dia sentiasa di fikiran anda. 

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya. 

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia. 

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya. 

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.


musim exam datang lagi

assalammualiakum

hai... musim exam dah dtg agi.... tp aq lum siapkan diri lg... stat esk dah mula running assesment... kecut perut beb.. harap2 lecturer baek hati... amin... selala plak exam kemahiran menulis(KM)... so mlm ni aq nak study KM ... mlm ni nak tido lambat cikit ar.. nasib baek esk aq posting klinikal ptg... epas subuh leh tido blik..hehehehe

Tuesday, November 3, 2009

pembuka bicara

assalamualaikum

nak citer cikit kat cni... nka gi tau ibu jari aq yg bengkak n menanah 2 dah lama baek... syukur sesgt... mak oit... exam final nak dekat dah... mggu depan dah running assesment.. n  exam kemahiran menulis.. dah lama aq x update blog ni... huhuhu.. nak citer apa lg ar kat cni... hah.. kepada kwn2 yg ziarah blog aq ni harap komen ar ye.... aq paling suka kalo korg komen blog ni.. kalo cantik kata cantik kalon x menarik cakap je..... tp kalo aq tau sape yg ckp 2 ,erm siap ar..huhuhu acah je... komen korg aq amt hargai....so jom komen!!!!!!

Sunday, October 4, 2009

Apabila AL-QURAN Bersuara

Apabila AL-QURAN Bersuara
Waktu engkau masih kanak-kanak kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci
Aku kau pegang
Aku kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
Sekarang engkau telah dewasa
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian
Di dalam almari , di dalam laci , aku engkau pendamkan
Dulu, pagi-pagi, surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau
Sekarang, seawal pagi sambil minum kopi, engkau baca suratkhabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah)
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan...
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam -jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio , hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu
Setiap saat berlalu
Dan akhirnya - kubur yang setia menunggu mu
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati
Di kuburmu nanti Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat
Dan Akulah 'Al-Qur'an', kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu
Peganglah Aku kembali
Bacalah aku kembali setiap hari
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu
Sentuhilah Aku kembali
Baca dan pelajari Aku lagi
Setiap pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat Seperti dulu
Waktu engkau masih kecil Di surau keci.

wahai rakan

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa?? Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa?? Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....


> > Walau kita punya couple,teman still paling setia.Walau kita punya harta banyak,
teman still paling berharga.

Wednesday, September 30, 2009

menggapa hati ini selalu menyepi

mungkinkah hati ini

dipersoalkan oleh mereka yang ada

aduh sayang,

kasihan sungguh hatiku ini,

perlu menampung berhari-hari

dugaan datang dan pergi tanpa disedari.

bila ku titiskan air mata

air mata yang mengalir

dengan sepenuh harapan yang suci

hati ini hancur letak seribu

buat selamanya

manakah pergi pengalaman yang manis dengan sepenuh harapan yang suci..

sakit nyer ibu jari ku.

sedih sgt.. ibu jari tangan kiriku sakit.. bengkak dah menanah..mula-mula kecil je.. citer nyer cam ne.. mase raya ari 2, aq tolong mak wat tempeyek, tp nak jadikan citer.. tangan aku terkena minyak panas.. aq ingt cikit je.. x ar letak minyak.. pas 2~3 ari lepas 2, terus membengkak dan terus membengkak sampai hari ni... sakit sesangat bila kena air..... bila nak sembahyang pow sakit. ibu jari x leh nak bengkok dah.. rasa tersgt sakit bila dibengkokkan.. doa-doa la lepas ni baek... nak jumpa doktor mcm x patut plak.. tp sakit sesgt ni....

Friday, September 18, 2009

geng teater dlu...

selamat hari raya wat sumer kawan-kawan

selamat raya wat sumer kawan...

zani nak minta maaf sekiranya da wat salah n guriskan hati korang...

petang ni nak balik johor dah.. bas kul 5.30 ptg.. naek kat bukit jalil.. 

harap raya tahun ni sesuatu yang menggembirakan...

Wednesday, September 16, 2009

dah nak raya ni mcm2 hal...

arini kasut putus... cedih.. nak wat cm ne,dah nak putus kan... terpaksa ar td gi beli kasut bru...huhu..mmg kena beli gak ar... tapi x pe ar, untuk kaki sendiri gakkan..hehehe.. aku ni kalau memilih mmg lama,cian kwn2 yang tunggu...huhu.. nasib baek dah buka posa.. kalau x.. x nak diorang tunggu..

Tuesday, September 15, 2009

ari ni letih sgt.. coz ari ni aq ganti tido semalam... mane x nyer smlm aq tido kul 3pg smata2 nak ciapkan assignment.. huhu.. pastu bangun sahur kul 5 palk... pagi kul 8 da kelas... mase dlm kelas 2 mata ni mmg x usah ckp ar... mengantuk giler...

Thursday, September 10, 2009

malam jumaat

kenyangnya perut... br lepas buka puasa... huhu.Hari ini,kami tak masak kerana barang x de kat umah... sumer dah abis,, dah masuk kat perut kami ... so, aku n kawan serumah mangambil keputusan gi ar beli makanan kat kedai bawah... nak tau lauk pe aku pilih untuk buka ari ni...

Jeng....jeng..jeng..

aku beli nasi putih, ikan keli masak sambal dan sayur terung goreng... huh.. sedap beb.. terleleh air liur masa beli tadi...maklumlah dah lama x makan ikan keli...kalo kat kmpung dlu selalu aku makan.. x cukup seekor.. hehehe.. x mau ar citer pasal ikan keli lagi... buatkan aku terliur kembali..

Saturday, September 5, 2009

belajar IT hari ini

Hari ini,aku belajar membuat blog di kelas IT.. sungguh menarik..
Ini adalah salah aktiviti pembelajaran..
Aku harap blog aku ni akan menjadi sesuatu yang menarik.